Wednesday, May 22, 2013

!!!! Tinta indah penguat Jiwa !!!


    ASSALAMUALAIKUM... .





   Hidup ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri... Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung... tetapi jangan berhenti mengeluarkannya.Kelak menjadi bisa yang tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yang dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.
UJIAN...  Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yang bernama ujian hidup adalah yang datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yang mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlah didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!
CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yang pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlah cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalah Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit pengkhianatan, ketidakjujuran... dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja. Ingatlah bahawa roda kehidupan ini sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang terluka.
SABAR... Bukan mudah untuk memahami erti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yang terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu juga milik kita, sehingga kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yang begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yang diingat-ingatkan. Demikianlah resam insani.
REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bangun?? Ya... hanya kekuatan sahaja yang mampu menarik... Maka yang bangun itu bukanlah diri yang lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yang kuat. Redha itu adalah menerima dengan lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa-apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yang lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.
SYUKUR... Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalam yang berlalu, biarkanlah. Hari ini yang dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba, bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaran lah mencari yang terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yang diredhaiNya."Fastabiqul khairat" pesanNya. Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tidak ada tangan yang menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yang lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.



JOM NENGOK!!!!!~~~~





  








Emosi Dikendur, Kasih sayang disalur....


        Assalamualaikum ...Allah  lama dah tak jumpa...ceeewahhhh..hihihihi Saja nak melawat td.Dah singgah kita share sometg lah k...Alhamdulilah...bekesempatan pulak kali ni...Buat para pembaca, sahabat sekalian..leen nak share kan pembacaan leen ni k...leen harap kalian membacanya.... kena tengok tejuk tue ok...tajuk entry kali nie macm best jer!! hihihihi 



BISMILAHIRAHMAHIRAHIM.....
Para anbiya', mereka adalah golongan manusia yang paling berat ujiannya melalui jalan dakwah. Jika hendak dibandingkan ujian yang dihadapi kita dengan tokoh-tokoh pasca khilafah pun tidak mampu untuk kita menanggungnya, apatah lagi dengan ujian ke atas para anbiya'.Sesungguhnya ujian di jalan dakwah memang panjang dan amat berat. Justeru, senjata paling ampuh untuk menghadapi tekanan ujian ini tidak lain tidak bukan hanyalah sabar.Namun sabar yang bagaimana yang kita maksudkan? Itulah sabar yang membuatkan emosi dikendur, kasih sayang disalur, Allah menjadi matlamat yang luhur. Itulah sabar yang dipraktik Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
  
Bagaimana caranya? Di sini kita akan teroka
Mengenali manusia.
Manusia merupakan makhluk yang bersifat egosentrik dan sering tidak kalah untuk menjustifikasikan perbuatan mereka sendiri. Sepertimana kita lihat zaman sekarang, begitu ramai manusia berbalah mempertahankan pendapat dan hujah masing-masing. Tidak kira dalam isu politik, agama, feqah dan sosial sehingga menyukarkan untuk kita mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan sesuatu hal. Inilah realiti manusia.Kesinambungan daripada sifat ego yang mengakibatkan perpecahan umat ini adalah sifat lupa diri. Pernah kah kita mendengar ada sebahagian daripada rakan-rakan kita mengadu,
"Mengapa manusia suka mencari salah orang lain tetapi tidak nampak salah sendiri?"
  Ada juga daie yang berkata kepada mad'unya,
"Mengapa kau ini tidak mahu dengar nasihat, aku cakap perkara yang betul!"
 Sebenarnya kedua-kedua persoalan itu, jawapannya terdapat pada diri mereka. Sifirnya, apabila kita berbicara tentang orang lain, secara tidak langsung kita berbicara tentang manusia. Apabila kita berbicara tentang manusia, kita harus sedar dan tidak lupa diri bahawa hakikatnya kita sedang berbicara tentang diri kita sendiri kerana diri kita adalah manusia.Di sini, method empati dapat dipraktikkan. Apa yang orang lain inginkan, kita juga inginkan perkara yang sama. Setiap keperluan dan kehendak orang lain, kita juga pernah merasakan hal yang sama. Cuma perlu selami dan kenali dengan lebih mendalam dan sabar.
Bagaimana pula dengan emosi, kasih sayang dan Allah. Apa kaitannya? 

Mengendur emosi
Emosi lahir daripada rasa tidak puas hati. Tidak puas hati lahir daripada sifat ego (sombong) yang berada dalam hati manusia. Apabila manusia dilanda emosi, perilaku mereka menjadi tidak keruan, akal mereka berubah tidak waras. Kita akan hilang pertimbangan dan rasional. Ketika itu syaitan mengambil peluang mendendangkan falsafah yang mampu mengisi kehendak emosi. Pastinya falsafah yang merosak diri.
Perhatikan,  saat anda melihat manusia sedang marah dan dipenuhi kebencian, emosi memainkan peranannya. Ya, itulah emosi. Begitu juga manusia yang dirundung kesedihan dan kecewa, itu emosi. Tatkala emosi merasuk diri, sindrom 'tidak kisah' dan 'tidak peduli' mula timbul.
Dosa atau pahala, baik atau buruk tidak diambil kira dalam mengambil keputusan membuat sesuatu tindakan. Tidak hairan, kita melihat ada manusia yang tidak takut menabur fitnah terhadap orang yang dibenci. Tidak kurang juga terdapat manusia sedih yang mempersoalkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Kerana mereka sedang beremosi.
Seorang daie tidak boleh terlalu beremosi. Dengan emosi, semua peluang kejayaan dakwah akan diragut. Anda bayangkan terdapat perintah Allah supaya membalas kejahatan dengan kebaikan hingga suatu ketika mereka yang membenci kita akan menjadi teman. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Tidak. Sebagai daie Allah memerintahkan kita menyeru dengan cara yang hikmah dan berdebat dengan cara yang baik. Adakah orang beremosi mampu melakukan semua itu. Pastinya tidak.
Justeru emosi harus dikendur dan sabar harus dipupuk terlebih dahulu. Jangan bersikap terburu. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada hati adalah dengan membenci dosa bukan membenci pelaku dosa. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada lisan adalah dengan nasihat dan kata-kata yang baik bukan cemuhan dan cacian. Kemampuan mencegah kemungkaran yang terletak pada tangan adalah dengan bimbingan dan memberi pengajaran bukan hanya sekadar hukum menghukum. Semua ini hanya dapat dilakukan apabila emosi dikendur.
Kasih sayang disalur
Emosi yang dikendur dengan emosi yang ditahan (diempang) mempunyai jurang perbezaan yang ketara. Pengenduran emosi selalunya disusuli dengan saluran kasih sayang. Emosi yang ditahan(diempang) pula hanyalah suatu proses melambat-lambatkan kemarahan. Bahkan sekiranya ia terlalu lama diempang maka akan mengakibat pukulan emosi yang deras dan kuat terhadap iman apabila dilepaskan. Saya pasti anda pernah dengar kata-kata ini,
"Aku sudah puas menahan sabar dengan kau."
 Itulah kata-kata emosi seseorang sedang meletus ibarat gunung berapi setelah diempang begitu lama.
Emosi yang dikendur akan disusuli saluran kasih sayang. Itulah sabar yang sebenar. Setiap perilaku kita ibarat belaian ibu terhadap anaknya. Dan yang pasti kasih sayang itu haruslah selari dengan tuntutan syarak. Lagipun manusia memang inginkan perhatian dan kasih sayang seseorang apabila dilanda kesusahan dan musibah.
Adakala manusia yang sering melakukan dosa bukan kerana tidak mahu berubah tetapi menanti seseorang untuk membimbingnya. Tetapi seringkali dia hanya dapat orang yang menghukumnya. Betapa tepat sekali pepatah ini,
"Manusia tidak kisah apa yang kamu tahu, dia hanya kisah apakah kamu sayang"
Allah,  menjadi matlamat yang luhur
Matlamat dakwah adalah menyeru manusia mentauhidkan Allah. Itulah perkara utama yang harus ditekankan iaitu tauhid. Ramai orang hanya berpegang Islam tanpa tauhid hakiki. Sedangkan orang yang benar-benar memegang tauhid telah memasuki Islam secara menyeluruh. Dan disebabkan Allah menjadi matlamat yang luhur, suka saya berkongsikan kata-kata yang saya dapat daripada saudara saya yang mengikuti Jemaah Tabligh.
Kita sering menyangka dakwah adalah menyeru manusia lain kepada Allah dan membetulkan diri mereka. Sedangkan dakwah adalah seruan kepada diri kita sendiri agar menuju Tauhid kepada Allah kerana apabila kita berusaha menyeru orang lain, secara tidak langsung kita akan bersungguh memperbaiki diri agar usaha ini diredhai Allah dan diterima orang ramai. Usaha kita bukan usaha memperbaiki masyarakat, tetapi usaha mengembalikan tauhid ke atas dunia ini. Usaha atas iman dan usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa kebenaran hati dan niat.
Cukup menyedarkan hati dan sanubari. Apabila kita hendak menasihati orang lain kita harus menasihati diri kita sendiri. Bagaimana kita mampu memberi manfaat terhadap orang lain sedang diri kita tidak mendapat manfaat. Takutlah peringatan Allah tentang kebencianNya terhadap orang yang menasihat orang lain tetapi melupakan dirinya. Bersabarlah dalam berdakwah dan jangan bersikap gopoh.

Kesimpulan
Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah "
"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia."






Saturday, April 13, 2013

Terharu ..

Assalamualaikum..Allah,penuh sawang dh nie.asiff jiddan..hehe.takpe2 leen salah.hehe.Bukan niat nak menghindar diri tp masa yg sgt2 cmburu..AlololoOo..jgn ler marah k.hehe.

Alhamdulilah,bksmpatan mencoret ctatan yg hasil nya untk tatapn smua.hehe..InsyaAllah! Mesti korg hairan dgn title tu kan.huhu.sbnarnye bnyk bnda yg nak leen kngsikan.tp insyaAllah leen kngsikan yg tmampu ok.

Blum masuk isi lg nie.bnyk pulak intro kan.hahaha.takpe2,tgn mcm tak leh nak renti dek luahan hati yg snantiasa bmain d minda.cewahh.hehe..

Bilamana dsebut sbgai ikatan peshbtn,mesti ramai yg akan pk cnggini,"alaa,ko ape tau..hari2 die blanja aku,dialah shbt aku..Allah..atas dasar duit dah bolh anggap shbt..tp ade tak tpikey yg mana andai satu ktika kta hnya btemankan jalinan psbtan bukan kebndaan...lahr atau tdak istilh shbt itu???

Ramai yg akan memaki hamun leen bla bc entry ni kot.tp takpe lah.leen tak kisah.huhuhu.Allahu Allah,kita sdr tak dimana letaknya nilai sbnr pshbtn tsbt?? Dikesmptn ini,Izinkan leen kgsi pnglaman leen sndr ok.. Stelah hmpir 2 tahun menyulam cinta ilahi,skarg bru leen sdr akan knikmatan peshbtan tsbt.Bukan la bmakna sblum ni leen tak bteman,cuma nya rasa nya memg agak bebza.

Rasanya cukuplh stakat nie yer..lain hari kta jumpa lagi..

Friday, December 21, 2012

Rindu pada Mu

ASSALAMUALAIKUM.... 
Alhamdulilah...kali nie leen nak share kan satu lirik lagu nie yer.. hahahahaha tengah tengah blog walking tadi terjumpa lah lagu ni... best tau lagu nie....Anta bait bait lagu ni memang agak dalam...Kerinduan kepada pencipta nya... Itu lah yang bleh digambarkan perasaan leen pada saat entry ini dicoret kan. Subhanaallah mmg berat rasa nikmat rindu ini. Rasa tak tertanggung dek hati dan perasaan... k lah, kite sama2 lah layan yer....insyaAllah nanti leen sertakan jugak dgn video lagu nie ek..hihihi 


Tiada sehari yang berlalu 
Tanpa ku mengingati MU 
Rindu 
Pada MU 
Ku sentiasa mendambakan 
Kasih dan sayang MU 

Semalam aku bermimpi 
Di dalam hujan ku berlari 
Berlari 
mencari 
Memangil-manggil nama MU 
Nama MU yang sempurna 

Ku harap 
dan ku berdoa 
Semoga dapat 
bersua dengan MU 

Tiada kata 
Yang dapat ku gambarkan 
Perasaan yang 
Ku alami 
Cinta ku ini 
Tiada berbelah bagi 
Cinta yang suci dan abadi 

Adu'llar Rahmani 
Arju An La Tinsani 
Fi Kulli 
Awqati 
Nafsi Wa Fuadi 
Laka Ya Maliki 

Apakah aku diterima 
Atau kau kan membiarkan saja 
Kerana 
Ku berdosa 
Jangan biarkan ku terhina 
Ku merayu pada MU 

Tiada kata 
Yang dapat ku gambarkan 
Perasaan yang 
Ku alami 
Cinta ku ini 
Tiada berbelah bagi 
Cinta yang suci dan abadi...oh... 

Tiada kata 
Yang dapat ku gambarkan 
Perasaan yang 
Ku alami 
Cinta ku ini 
Tiada berbelah bagi 
Cinta yang suci dan abadi...

Tuesday, October 30, 2012

Nikmat Rindu dr Allah ~

Assalamualaikum..
Alhamdulilah,bkesmpatan nak update entry.agak lama gak dh tak mengarut kat dalam nie hah.nak kata bz tak dak lh jugak.hmm..
Ok lah,leen truskan dgn topik kali nie,RINDU..ya Allah,RINDU adalah satu perasaan yg tidak dapt diungkat dek kata2.bila rndu datang btamu ,subhanaallah,rasa tak tertanggung.Tp Alhamdulilah.leen bersyukur sebb Allah berikan nikmat rndu ni kat leen.Alhamdulilah,Alhamdulilah,Alhamdulilah..Nikmat rndu ni Allah limpah kan kepdaku...walaupun tidak sdikit pun aku mengharapkan balas rndu dr apa yg aku rindu kan..Leen doakan mga dia tetp tabh mjalani hdup2 nya dan mga Allah merahmati setiap nafas,tingkah laku,kerdipan mata nya..Amin Yarabb!

:-(

Wednesday, October 10, 2012

Apa Khabar?? ok?

Assalamualaikum...
Alhamdulilah..sempat update entry lg.huhu..erm.mesti pelik kan dgn title kat atas.hahaha,.kat cni leen nak tekankan,.jgn lh cuak nak tanye kb kat sape2 pun..tak kire lah dh lame tak jumpe ke ape kan.yg pntg kb dieorg dpt mjd pengganti dri ini.hehe..