Saturday, September 29, 2012

Sepi mencuri segalanya!!~

Assalamualaikum....


Allahu Allah.....
alhamdulilah.....ada g kesempatan nak update entry hari nih...erm..yaAllah...terasa berat sungguh hati ku ini!! Rasa rindu pd mereka sgt lah dalam...erm,,,leen try untuk jaga hati ini dr terluka lagi,tp belum ape2 dh pun sakit..hmmmmniat dihat nak bertanya khabar tp setiapa kali cuba untuk memulakan perbualan mesti ada saja yg akan menjadi halangan...ada saja yng tidak kena...leen jaga berSAHABATAN dan PERKENALAN ini tapi kenape nampak mcm leen jer yg yoo o...

YaaAllah..salah kan aku untuk semua ini????
leen yakin setiap apa yanag telah terjadi ini ada hikmahnya...Leen doakan moga dia terus tabah untuk menjalani kehidupan nya ...Leen harap satu hari nnati Allah akan tunjuk kan jalan kebenaran dalam usaha leen nie...

SORRY sesangt kat korang sume sbb leen terasa mlm nie sgt SEPI sekali.bila dpat nak menulis nie leen ade lah rasa lega skit...yaAllah..hanya padaMu saja tempat ku mengadu...berikan lah aku kekuatan untuk aku tempuh semua ini.,  (T____T)

****Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam....



Thursday, September 27, 2012

Jika Benar Kau Mahu!!!~


Betulkah kau mahu cinta kasihNya ?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar 'mahu' yang keluar di bibir.
Hanya cakap-cakap biasa. Omong kosong.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan.
kau betul-betul mahu bukan? maka buktikanlah..
Buktikan pada siapa?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya.
Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.

Wednesday, September 26, 2012

Pelangi Selepas Hujan.....


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Tuesday, September 25, 2012

Aku menangis....


Dahulu aku terfikir bahawa 'menangis' ialah tanda diri ini lemah. Tetapi sebenarnya ada hikmah di sebalik tangisanku kali ini. Baru ku sedar nikmat air mata dan kesedihan yang ku alami ini mendekatkan diriku pada yang lebih layak iaitu Allah SWT.
Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana Allah mahu diriku dekat dengannya.

ALLAHU ALLAH!!!!~

SENDIRI ITU TERAPI ….


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. 
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dia dan Mereka...


Assalamualaikum.....

Alhamdulilah hari nie dapt gak nak update new entry... korang tengok tak tittle leen untuk entry ni.? Dia dan Mereka....haha...kali ni leen nak kenalkan or share lah dgn korg pasal mereka yg telah mewarnai hari2 leen sebelum ni...PERNAH ok!!!! nak kene highlight lah.tp pernah tu leen harap akan berpanjangan...Sebab nya leen mmg mharapkan keajaiban berlaku...

Mereka telah banyk membantu leen tak kira lah dalm leen senang ker, susah ke...dorg tetp ade...pertemuan kiteorg ni bermula gara2 nak cri port untuk tengk final maharajalawak..hohhoho...Alkisah bermula lah perkenalan leen dgn dorg sume.... InsyaAllah nanti kalau berkesempatan leen masuk kan gak pict dorg k...

ermmm....krang mestikan tertanya2 knape leen pisah kan title tue ..DIA???? dan MEREKA??? Dia ...entahlah..rindu pun ade gak kat Dia nie. hahaha..mau tak rindunye kalau dah asyik nak mbuli leen jer..hihihi.tak kisah lah dia nak perasan ker takentry leen ni... Leen dah tak kisah dah.Leen akan ttp happy asal kan die berjaya nak cri diri dan kehidupan die...ok!! leen doakan yang terbaik untuk die....krang nak tau tak, sepanjg perkenalan kiteorg, Dia nyak mengajar leen erti kehidupan...mengajar leen kenal erti tanggungjwap..bukan lah nak ckp yg leen ni tak brtggjwp sblm ni..TAK !!! tapi dgn ape yg die dah buat bru lah leen paham..

Perkenalan yg telah terjalin telah merapatkan leen dgn die..ALHAMDULILAH!!!~ happy gak...tp setiap yg berlaku ada hikmah nya..nak tau knape...sbb bile kteorg dh tak srapat dulu bru lah leen sedr erti kehilangan plak...sbb tue lah leen really apreciate perkenalan nie..bnyak yang leen dah belajr...takpe lah...lenn dh boleh terima dah...hihihihi...

 10 MARCH 2012!!!!~ tak kan penah leen lupe tarikh ni ...suka duka mlm tarikh nie leen sematkan dalam diary hidup leen..huhuhu...juz ape yg leen harap ...jgn pernah halang leen dr SAYANG dan CINTA korg sume !!! demi Allah!!!~ 





Monday, September 24, 2012

Alhamdulilah

ASSALAMUALAIKUM..
Allahhu Allah...
Tak terucap dek kata kata perasaan time ni...huhuhu Nak tau knape?? sebb dah ingat psswd untuk blog leen nie haaa..hahahahahahaha...Niat dihat nak update blog bebrpa ketika dahulu terbantut sbb tak ingt pswd...tp mlm nie berkat kesabaran mencoba AKHIRNYA....dapat gak lah update...InsyaAllah, kta kongsikan apa yg boleh kre kongsi bsama nanti k...