Tuesday, May 10, 2011

sepi

alhamdulilah..kite syukur atas segalanya!~~

5 Tarikan Wanita Menurut Lelaki Beriman

by Syahidah Mardhiah Azmi on Tuesday, November 30,

1. Budi Bahasa Dari Jiwa

Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.

2. Mekap yang Memikat

Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki ynag beriman akan meminati wanita sebegini.

3. Busana Taqwa

Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahkta permata-permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita pada saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa lelaki sebenarnya amat kuat cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadiaan yang sesungguhnya dan tersirat tabiat si pemakainya.

4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka

Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya. Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak disukainya. Bukan beerti ikut secara total segal kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati. Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, llelaki tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati seorang lelaki bernama suami.Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”

5. Superwoman

Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka menolong orang dan bukan sebaliknyasuka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman.



Sunday, May 8, 2011

alam maya vs alam realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.
Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.
Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.
Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.
Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..
Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.
Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.
Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja.
Kita lebih suka berkata hye, hello,salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..
Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..
Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..
Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..
Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??
Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..
Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..



p/s...assalamualaikum....artikel ni leen bukan buat sendri tau..leen juz share ape yang leen dapr je..insyaAllah semoga sama sama kta jadikan panduan...

SELAMAT HARI IBU.

ASSALAMUALAIKUM....
..yahhhh.selamat hari ibu mom...

MAKK....
bila sakit jak mak,
bila nak makn jak mak,
bila demam jak mak,
kadang2 event bila tergugok pun.
MAKKK,,..

..Betapa besr nya erti emak bagi leen..leen syg sgt kat mak...
mak leen janji,segala yang mak igin kan akan leen tunai kan..insyaAllah....

Islam Dan Cinta

>>Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

>>Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.

Friday, May 6, 2011

from da lensa!!~~





nak share ckit lah k... njoy it!!!

tadaaaaa........


hehehehehe...kat sini leen nak kenal kan ..Mr.Alpha...die nie org punye tau...leen blum lgi berkemampuan nak beli..hahhaha..tp coming soon la..insyaAllah....leen pernak pegang lame Mr ni...lame dah die bermalam dgn leen kat gading tau..macm dah gambr yang leen dapat dr die...mmg best lak kalu bleh belajar lbih lg pasal nie.......pasni leen share lgi gambar2 yang ade k..hehehehe..oppsss..lupe nak cakap, tuan die nie pandai tau pasal nie..jeles lgi tu..tp best sgt sbb sudi jadikan leen teman kpd Mr.alpha ...thankz to my fren..

p/s....tuan die nie name nye Asyurul..hehehehe..thank yee!!!

Mr alpha..~!!!! I nak U.....

hahahahahha...leen nak sesangat dgn die nie hah...adowh2...time cuti ni ase rindu lah pulak....cmne ehk?? dah lah jauh, kalu dekat tak pe lah gak....hahahahaha mesti korg fikir pelik ka....Mr. alpha tu seejenis benda lah...leen suke sgt...penah tau leen pegang tau...dekat nek 2 minggu benda tu kat leen...hhahahahaha....sedeyh plak ase nak bagi balik kat tuan nye....hehehehe..tp apakan daya..barang org tue!!!!!
tapi...leen nak main lah dengan benda tu..nak sangat nie...

nice

MAY..

assalamualaikum...
yeahhhh...may sudah nie..apa ada pada bulan may???? hmmm macam2 ada!!! p yang pasti leen harap bulan may dapat memberi ribuan makna buat hidup kta..insayAllah....
Bulan nie bulan cuti leen gak..byak benda yang leen rasa nak buat, tp insyaAllah leen akan cuba tunaikan.Actually leen tengah mencari nie..mencari dan terus mencAri.....leen pun tak pasti nak cri mcm mana..tp leen ttp akan mencari jugak.......

Wednesday, May 4, 2011

assalamualaikum!!!~~~~

Ya Allah...berhabuk,bersawang dah blog ni wei!!!
i am sorru..leen lame dah tak update..macam2 yang dah berlaku kat cni...actually leen tak tau nak tulis apa..tp...cian plak tengok blog ni kosong jer!!~~~
insayaAllah...kta cube penoh kan k...

Sunday, January 16, 2011

BUKAN HATINYA TIDAK PERNAH SEDIH...

manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Semua orang yang mengenali tahu dia seorang yang sabar, kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa. Tapi hati manusia bergelar wanita tiada siapa tahu atau cuba selongkari. Dia terkenal di sekolah antara pelajar yang agak nakal, bukan daripada segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku, suka kacau orang, suka gegarkan kelas, suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakit hati. Tapi itu cuma sementara, untuk menutup kelemahan yang ada. Baginya teman di sekolah dan di sisi tidak sama. Di sekolah tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....

Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Atas gaya jalan seperti lelaki sehingga ada guru di sekolah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara jalan dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.

Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. Dia tidak pernah kenal apa itu cinta manusia, dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang. Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suatu ketika, hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi. Insan bernama ayah yang amat penyayang lagi bertanggungjawab. Walaupun waktu kecil dahulu dia sering dirotan, dicili akibat kenakalan. Tahun ini genap tiga tahun pemergian insan tersebut. Terlalu pantas masa berlalu. Masih berkesempatan dia menjenguk ke daerah pusara ayahandanya. Tahun ini juga sudah empat kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi, mendakap penuh mesra ayahnya. Masih dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ayahnya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.

Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."

Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.

"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."

16.january 2011

assalamualaikum...

wah....my 1st entry ni.....ntah lah...sush plak asenya nak tanm mint utk update blog ni hah..hihihihih..skarg pun dah 16 jan di tahun baru dah...
dah masuk tahun bru...sem br....tp aku???
aku tetp aku....
hahahaha

:(

^^ MAK......... ^^



by BungaKaseh Illahi on Sunday, January 16, 2011 at 9:20am

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....



>> Renungan bersama...... <<

Bila dahaga, yang susukan kita…..mak

Bila lapar, yang suapkan kita….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di samping.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang kita sebut….Mak

Bila bangun tidur, kita cari….mak



Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, kita dekati….mak

Bila nak bergesel, kita duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujuk hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi….mak

Bila merajuk, yang memujuk cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan kita…..mak

Bila nak peluk, yang kita suka peluk….mak



Kita selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, kita mesti telipon….mak

Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu…..mak

Bila bengang.. kita suka luah pada..mak

Bila takut, kita selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah kita dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak



Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.... mak

Yang selalu masak makanan kegemaran…..mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang….mak

Yang selalu berleter…mak

Yang selalu puji….mak

Yang selalu nasihat kita….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama kita tunjuk dan rujuk…..mak



Kita ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, kita cari…….pasangan

Bila sedih, cari……mak

Bila berjaya, ceritakan pada….pasangan

Bila gagal, ceritakan pada….mak

Bila bahagia, peluk erat….pasangan

Bila berduka, peluk erat….mak

Bila nak bercuti, kita bawa….pasangan

Bila sibuk, hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut anniversary … kita bagi hadiah pada pasangan

Bila sambut hari ibu…kita cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”...


Selalu... kita ingat pasangan

Selalu... mak ingat kat kita

Selalu… kita akan telipon pasangan

Entah bila… kita nak telipon mak

Selalu…. belikan hadiah untuk pasangan

Entah bila… kita nak belikan hadiah untuk mak...



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..