Sunday, January 16, 2011

BUKAN HATINYA TIDAK PERNAH SEDIH...

manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik, "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Semua orang yang mengenali tahu dia seorang yang sabar, kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa. Tapi hati manusia bergelar wanita tiada siapa tahu atau cuba selongkari. Dia terkenal di sekolah antara pelajar yang agak nakal, bukan daripada segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku, suka kacau orang, suka gegarkan kelas, suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakit hati. Tapi itu cuma sementara, untuk menutup kelemahan yang ada. Baginya teman di sekolah dan di sisi tidak sama. Di sekolah tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....

Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Atas gaya jalan seperti lelaki sehingga ada guru di sekolah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara jalan dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.

Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. Dia tidak pernah kenal apa itu cinta manusia, dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang. Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suatu ketika, hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi. Insan bernama ayah yang amat penyayang lagi bertanggungjawab. Walaupun waktu kecil dahulu dia sering dirotan, dicili akibat kenakalan. Tahun ini genap tiga tahun pemergian insan tersebut. Terlalu pantas masa berlalu. Masih berkesempatan dia menjenguk ke daerah pusara ayahandanya. Tahun ini juga sudah empat kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi, mendakap penuh mesra ayahnya. Masih dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ayahnya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.

Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua. Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."

Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.

"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."

16.january 2011

assalamualaikum...

wah....my 1st entry ni.....ntah lah...sush plak asenya nak tanm mint utk update blog ni hah..hihihihih..skarg pun dah 16 jan di tahun baru dah...
dah masuk tahun bru...sem br....tp aku???
aku tetp aku....
hahahaha

:(

^^ MAK......... ^^



by BungaKaseh Illahi on Sunday, January 16, 2011 at 9:20am

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....



>> Renungan bersama...... <<

Bila dahaga, yang susukan kita…..mak

Bila lapar, yang suapkan kita….mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di samping.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang kita sebut….Mak

Bila bangun tidur, kita cari….mak



Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak

Bila nak bermanja, kita dekati….mak

Bila nak bergesel, kita duduk sebelah….mak

Bila sedih, yang boleh memujuk hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi….mak

Bila merajuk, yang memujuk cuma….mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan kita…..mak

Bila nak peluk, yang kita suka peluk….mak



Kita selalu teringatkan ….mak

Bila sedih, kita mesti telipon….mak

Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu…..mak

Bila bengang.. kita suka luah pada..mak

Bila takut, kita selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah….mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak

Bila buat hal, yang marah kita dulu….mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak



Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.... mak

Yang selalu masak makanan kegemaran…..mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang….mak

Yang selalu berleter…mak

Yang selalu puji….mak

Yang selalu nasihat kita….mak

Bila nak kahwin..Orang pertama kita tunjuk dan rujuk…..mak



Kita ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, kita cari…….pasangan

Bila sedih, cari……mak

Bila berjaya, ceritakan pada….pasangan

Bila gagal, ceritakan pada….mak

Bila bahagia, peluk erat….pasangan

Bila berduka, peluk erat….mak

Bila nak bercuti, kita bawa….pasangan

Bila sibuk, hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut anniversary … kita bagi hadiah pada pasangan

Bila sambut hari ibu…kita cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”...


Selalu... kita ingat pasangan

Selalu... mak ingat kat kita

Selalu… kita akan telipon pasangan

Entah bila… kita nak telipon mak

Selalu…. belikan hadiah untuk pasangan

Entah bila… kita nak belikan hadiah untuk mak...



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..