Wednesday, September 15, 2010

Bila Takbir Bergema - Datin Rafeah Buang

SELAMAT HARI RAYA......

SALAM...lame dah agak nya leen tak update blog ni...berhabuk serta bersawang dah pulak rasa nya blog leen ni dah...
emmm.byak gak yang terjdi lame tak menulis ni...time leen menulis ni pun dah raya ke 6 dah....entah laa...huhuhu
hari ni leen rasa sunyik sgt....leen terdengr something pgi td..sebb tu lah leen rasa sedih sgt..leen betol2 rasa sedh..leen nak ngis pun tak tau nak ngis kat sapa...entah lah...bila pikey2 kan balik leen ase sedh sgt2...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU BERIKAN LAH AKU KEKUATAN YA ALLAH....AKU MEMOHAN PERLINDUNGAN DARI MU YA ALLAH......

Tuesday, September 7, 2010

@#$%^&

testing je.......
nanti lah leen masuk kan entry lain k....
hehehehe

Friday, July 16, 2010

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv

~@#$%&

salam....
alhamdulilah..kita jumpe lagi dan bertambah lagi hari untuk umo kta kan..
erm mesti pelik bila baca tajuk kat atas tu...tp leen pun tak tau nak letak apa....
erm....k lah..minggu ni leen rasa memang down sangat...ntah lah...rasa memg nak ngis je...lebih2 lagi bila pk pasal parent...study....kawan...
leen try nak puaskan hati sume ornag tp actually leen rase sedih sangat.....leen rase sakit sangat......tp apa kan daya leen hanya melakukan apa ynag leen asa terdaya...leen harap sume ini akan berakhir dengan cepat..leen rasa tak sanggup nak hadapi sume nih..lagi2 nak kene hadap sorang2....
erm....
k lah...nanti lah kite jumpae lagi.....nak masok mgrib dah..k k..
bye salam.....

Wednesday, July 7, 2010

terasa...ingin....MENULIS.....

salam...alhamdulilah....panjang umo dapat bertemu lagi.....mlm ni leen terasa nak menulis lah....sebab tu lah rajin sangat nak update blog leen ni...erm...tetiba leen rase sedih sangat2.....nak nangis pun leen dah tak mampu dah....ntah lah....rasa blank sangat time ni....sekarang ni leen ada kat hostel dah.....stay lagi kat blog 3 gading..erm....lenn room8 pulak dengan my bez fren, k-e....time ni alhamdulilah k-e dah ok cikit dah.Yelah, leen sian gak kat dia.tp leen nampak k-e tabah sangat,juz sometime je leen tengok dia down...Tp insyaAllah leen akan tetap bagi support kat k-e...erm..btw ada gak 2,3 orang yang tumpang stay kat bilit kiteorang....takpe lah, die orang tak dapat kolej so, tinggal lah sementara dengan kite....tp takpe lah,at least tak lah sunyi sangat......pasal diri pulak, ermmm dah sampai hostel baru lah leen sedar yang leen byak tinggal kan brg kat umah...dowh2,byk lah brg yang leen tinggal kan.gara2 mals punya kez...mlm nak balik tu leen malas sangat sangat sangat nak balik campus....tp apa kan daya,leen kena balik gak...huhuhu...p sedeh lah jugak leen coz parents tak hantar balik pun..sebelum ni kalau cuti parents yang hantar...huhuhuhuhu.takpe lah....leen paham...erm...so, leen balik lah dengan my kazen...fadli a.k.a dedek...huhuhuh
glamor dengan name abang lah.....huhuhuh kite balik 2 buah keta....ade hah kawan die dari sibu sebuah keta...so kite balik together2....ase nak nangis jugak lah ase leen coz diorang kuat nak kacaw..
hohohoho..bongok!!!!
hiihihihi...alhamdulillah sampai kolej lepas kiteorang scr kat batu 7.....erm....memang terok lah kene main..
hohohoh...sakit gak ati dibuat nya.....tp nasib lah tak selalu jumpa..
hohoho..yang best nya kan part tak ade kunci nak masok bilik...dowh, jam kol9 lebih camtu lah, mane ade pej.kolej nak bukak lagi dah..hoho.....nasib lah dengan power yang aku ade aku p jumpa rs n pinjam kunci...hahahahahahaha
alhamdulilah masok lah jugak bilik...fuhhh...memang mencabar dowh....haahahahahah....memang penat giler leen...tp lenn ase sunyik!!!
takpe lah.....hohohoh

Saturday, July 3, 2010

packing!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

malas dowh!!!
leen tak nak balik!!!!!!!!!!!!!!!

kawan as teman......

erm....salam....alhamdulilah leen berkesempatan nak update blog ni..huhuh
erm dah beberapa hari tak update...mcm2 yang blaku.....
cube korg tengok tajuk kat ats tu haA....KAWAN AS TEMAN...
huhuh
sahe leen letak kan tajuk tu.kerna dalam beberpa ari leen tak update ni byak yang pasal kawan yang tjadi...leen tak tau lah jugak...
1st ly, leen nak ucap alfatihah kat arwh kawan leen.ermmmsian jugak leen dengar pasal tu...arwah merupakan teman kepada sahabat leen...
erm leen ase kesian sgt.Tapi kite tak boleh nak buat ape kan....Allah lebih syg kan dia....
erm.....leen harap sahabat leen tu akan tabah menghadapi semua nya...pasti ada hikmah Allah bagi ujian ini....same2 lah kite doa semoga roh nya ditempatkan dalam golongan org22 yang beriman.

Monday, June 28, 2010

.; aku sudah bertunang;.

salam....erm..pa kabar???
sihat??
heheheheh
leen tak brape sihat la,sakit gg.Tp takpe la....ni nak share la...tajuk kat atas tu haaa...mesti ade yang salah tafsir... hehehehehe
ni ade sebuah cerita..leen dapat dari fb kakak sorg ni...leen sebak gak bile baca ni...
so kte same2 ambik iktibar dari ape yang akan leen sharekan ni ek...



~.::Aku sUdAh BeRtUnaNg::.~

Pada suatu hari~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah (bertunang) apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga membuatkan beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.


Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


............ ......... ......... .........


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."




Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."




* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

Sunday, June 27, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

jika aku jatuh hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Wednesday, June 16, 2010

baru....

hahahahhaaha....sebut pasal baru nak lah jugak cakap backgrd leen pun baru. hehehehehe
dah tak tau nak buat apa kan.so, ni lah keje leen.
sebenar nya leen malas lah nak update blog ni....tp tak pe lah...yang passti dah cakap kat cni.
hehehehehe
k that all.nanti leen share lagi lah ek..
heheheheheh

Friday, May 21, 2010

keindahan alam.....



MY FEELING....

SALAH KAH AKU..
MENCINTAIMU..
MENYAYANGIMU..
MEMILIKIMU..
erm..sungguh besr makna ya. By da way leen nak kongsikan gak pengalaman leen dalam mengenal erti mencintai,menyayangi dan memiliki. Usia dan pengalaman lah yang mengajar leen dalam menghadapi cabaran dalm semua ini.Kadang kadang timbul benih putus asa leen tp alhamdulilah leen boleh mencantasnya.Bagi leen semua ni mempunyai hikmah nya.Allah tidak akan menguji hamba nya dengan ujian yang berat jika hambaNya itu tidak mampu.Leen redha dengan apa yang telah berlaku.Setiap yang telah menimpa keatas diri ini akan ku jadikan panduan hidupku.Untuk pengetahuan semua, kepada sesiapa yang telah tersenarai dalam hati leen dan telah mencuba untuk memadamnya leen tak pernah menyimpan dendam.Leen doakan semoga kalian semua berada dalam keberkatan Allah selalu.Tetapi leen nak mintak maaf leen tak boleh nak lupakan apa yang telah berlaku..Ya Allah ampunkan segala khilaf dan salahku...

written by me....

salam..
malam ni leen tak tau lagi nak tido pukul brape pulak. Tp sambil sambil tu sempat gak blogging.hehehehe..Kat atas ni leen serta kan lirik lagu TAUBAT SEORANG HAMBA.
bEst tau lagu nih.Memang penuh keinsafan.Erm lagu ni adik leen yang recment kan.erm so sape sape yang tak tau tu tengok je lah lirik ni.Erm hari ni rase memeng tak sedao badan sgt sgt.Tadi dah makan ubat dah tp mash gak rase camni hah......inSyaAllah esok ok lah tu.Sekarang ni pun leen tengah cuti.ermmmbanyak yang jadi sepanjang sem 2 leen.Nanti lah kalau ade mase leen cite klah cket2 k.

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa…


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini…..


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…
Taubatku ini…


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima…


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x….
Taubatku ini…


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini…

Tajuk Nasyid : Taubat Seorang Hamba
Artis : Irsyadee
Feat : Hafiz Hamidun
Album : Petunjuk Sepanjang Jalan

This entry was posted on 18/04/2010 (Sunday) at 5:49 P