Thursday, September 27, 2012

Jika Benar Kau Mahu!!!~


Betulkah kau mahu cinta kasihNya ?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar 'mahu' yang keluar di bibir.
Hanya cakap-cakap biasa. Omong kosong.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan.
kau betul-betul mahu bukan? maka buktikanlah..
Buktikan pada siapa?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya.
Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.

No comments:

Post a Comment